Monday, July 20, 2015

HOBBYBOSS 1/48 F/A-18D

Salam semua, kali ni aku up gambar kit dari brand Hobbyboss F/A-18D Hornet. Nak cerita sejarah Hornet ni panjang ceritanya. Tapi bila dah siap memang gempaklah. Cun!! Terus aku rasa jatuh cinta pada Hornet family ni. Ada pelbagai versi untuk Hornet. Bermula dari A sampailah paling baru versi Super Hornet dan Growler dimana framenya diperbesarkan, begitu juga sistem avionik dan elektronik dipertingkatkan untuk mencapai status pesawat generasi 4+ dan 5.
TUDM mengoperasikan 8 buah hornet versi D seperti USMC, khusus untuk 'night attack'.
Kali ni aku buat untuk Viking Squadron. Tiada masalah untuk kit ni, cuma plastik HB ni macam lembut sangat. Tapi jika anda cuba untuk buat kit ni, hati2 dengan clear part iaitu canopy. Sebab plastiknya terlalu nipis dan rapuh. Masa nak buang garisan moulding tu, gunakan pisau dulu. Than baru boleh digosok dengan kertas pasir. Kalau dapat kertas pasir yang halus gred 2000 sangat bagus untuk finishing. Lepas tu tenyeh dengan compound. Kalau tak dapat compund, dengan ubat gigi pun bolehhhh.. Last sekali, aku gune pencuci tingkap. Oklah hasilnya.... Kit ni memang aku rekomen lah. Senang nak buat. Missile spare pun banyak sampai aku kompius nak gune missile mane. Enjoy pic!!

Monday, September 15, 2014

TRUMPETER 1/35 LAV-M (MORTAR)




KIT : TRUMPETER LAV-M
SKALA : 35
MARKING : US MARINES WITH NATO CAMO

SEJARAH


Bermula dari pembinaan program Light Armor Vehicle 25 PIRANHA, antara versi yang dibangunkan adalah versi pembawa mortar 81mm yang digunakan sebagai platform senjata bantuan/sokongan unit infantri.
LAV-M juga dilengkapi dengan senjata 7.62mm dan mampu dibawa dengan pesawat C-130 Hercules. Digunakan secara meluas oleh pasukan U.S Marin dan pihak ATM dikatakan pernah menilai kenderaan berperisai ini.


Specifications

POWER TRAIN & SUSPENSION

  • Engine 275 hp Detroit Diesel 6V53T
  • Transmission Allison MT653 (5 speeds forward - 1 reverse)
  • Transfer case (1)
  • Differentials (4) automotive, (1) water drive
  • Suspension (8) wheel independent.
  • Full time 4 wheel (rear)
  • Selective 8 wheel drive
  • Power steering
  • Power brakes
  • Selective water drive

Water drive:

  • (2) propellers
  • (4) rudders

VISION:

Driver:

  • (3) M-17 periscopes
  • (1) night vision AN/VVS-2(V)4

Vehicle Commander:

  • (5) M-17 periscopes
  • (1) night vision AN/VVS-2 (V) 4

Crew Compartment:

  • (2) vision block MIL-B-11352

AIR TRANSPORTABILITY:

  • (1) C-130
  • (2) C-141
  • (5) C-5A
  • (1) CH-53E (helicopter lift)

TOWABILITY:

  • The only variants with the ability to tow are LAV-R and LAV-L.

FIRE SUPPRESSION:

  • Halon 1301 (manual system in crew & engine compartments)

NBC SYSTEM:

  • M8A1 ventilated face mask system
  • M43A1 detector/alarm system

AMPHIBIOUS:

  • Capable of fording streams, rivers, and inland water ways with minimal preparation.

    ATGM WIRE CUTTER:

    • (1) at driver's station

    PAINT:

    • Interior sea foam green
    • CARC-exterior camouflage pattern

    ELECTRICAL SYSTEM

    24 volts positive ground

    • Waterproof
    • Radio suppressed system
    • Wiring, connectors, breakers, harnesses IAW MIL-STD's
    • MIL-STD 220amp alternator
    • (4) batteries per MS 35000 (500 amp slave receptacle)

    PERSONNEL:

    • (5) total
    • (1) driver
    • (1) vehicle commander
    • (3) mortar crew

    PERFORMANCE @ GVW

    • Maximum speed 62 mph
    • Swim speed 6 mph
    • Mazimum range 410 miles
    • Minimum turn diameter 51 ft.
    • Maximum trench crossing 81 in.
    • Maximum grade 60%
    • Maximum side slope 30%

    FEATURES:

    SIZE/WEIGHT

    • Length 251.60 in.
    • Width 98.4 in.
    • Height 84.30 in.
    • Curb weight 23,520 lb.
    • Gross weight (max.) 26,720 lb.

    ARMAMENT:

    Primary:

    • M252 81mm mortar (360 degrees traverse)

    Self Defense:

    • M240E 7.62mm machine gun

    Ancillary:

    • (2) M257 smoke grenade launchers

    Ammunition:

    Ready:
    • (8) L8A1 smoke grenades
    • 200 rounds 7.62mm
    • (5) 81mm mortar rounds
    Stowed:
    • (8) L8A1 smoke grenades
    • 800 rounds 7.62mm
    • (94) rounds 81mm mortar plus 20 fuses

    COMMUNICATION EQUIPMENT:

    • AN/VIC-2C Intercom System
    • (2) VHF SINCGARS Radios
    • (1) VHF Radio AN/PRC-68 (stowed)
    • (1) UHF Position Location Reporting System
    • (3) Antenna

    DOORS/HATCHES:

    • (2) rear without center post
    • (2) rear roof
    • (1) driver
    • (1) vehicle commander
    • (1) winch

    SELF-RECOVERY WINCH

    • Hydraulic (front-mounted 15,000 lbs. dynamic pull)

    ON VEHICLE EQUIPMENT:

    • Tools, camouflage nets, utensils

    EQUIPMENT:

    • Stowed baseplate & bipod for groundmounted mortar


    KIT
    Aku memang berminat dengan kenderaan berperisa yang menggunakan tayar berbanding berunut ( berantai seperti M-113, MIFV, ). Trumpeter ada banyak mengeluarkan versi LAV-25 MOWAG Piranha ni. Dari versi asal ICV dengan turret meriam 25mm Bushmaster, command, recovery, dan Air Defense. Setelah penat meracun salah seorang sahabat aku untuk beli kit LAV-25, akhirnya dia memilih versi mortar. Yes!!!


     Setelah berpenat lelah, nilah hasilnya. Tapi semasa pic ni diambil kit ni masih dikira tidak siap sepenuhnya. Aku lupa letak antena..hehehe







    SETELAH PROSES WEATHERING








    Tuesday, September 9, 2014

    ACADEMY 1/48 MIG-21MF IRAQIS AIR FORCE

    SEJARAH

       MIG-21 MF pernah digunakan oleh Tentera Udara Iraq atau lebih dikenali sebagai  القوة الجوية العراقية; Al Quwwa al Jawwiya al 
    Iraqiya 


    Menurut beberapa catatan, pesawat ini aktif semasa perang Iran-Iraq  ( PERSIAN GULF WAR ) sekitar tahun 1980-1990. Pesawat yang berpengkalan di Tikrit Air Base ni berada di bawah unit skuadron ke -7 dan direkodkan pernah menembak jatuh beberapa pesawat F-14A Tomcat milik Iran. Malangnya, walaupun aku cuba buat kajian siapa nama juruterbang, tarikh misi, data wingman dan senario tapi maklumat tu sangat sukar diperolehi....atau lebih tepat tidak diperolehi langsung. Aku cuma dapat info setakat ni je.




    Cuma yang pasti, cerita mengenai MIG-21MF Iraq ni agak famous gak. Cuma maklumat tu susah nak jumpa. 


    KIT
    Untuk projek kali ni aku masih gunakan lagi kit Academy buatan Korea. Murah dan tak banyak part. Kualiti agak baik. Decal pula aku guna decal dari kit Academy MIG-29A. Pada akulah, decal OOB dari Academy memang agak mengecewakan, kecuali kit baru keluaran mereka yang ada print decal dari cartograph. Cat pula aku guna Tamiya Paint. Ini pun jadi masalah kerana dalam panduan yang aku jumpa kebanyakan cat untuk plastik model adalah dari kod untuk Mr. Colour. So aku guna Tamiya XF59 Desert Yellow, Light Blue XF23, dan Dark Green XF61.



    MASKING MACAM NI BAGUS UNTUK BUAT CAMO PATTERN




    KERTAS TU UNTUK ELAK DARI OVERSPRAY

    OK DAH SIAP PAINTING









    SERIAL 681 TU AKU BUAT PAKAI MASKING TAPE, BUKAN DECAL



    SELEPAS PROSES MEMASANG DECAL, STENCIL DECAL AKU TAK BELI



    AKU BUAT LIGHT WEATHERING JE












    OK DAH SIAP