Tuesday, September 9, 2014

ACADEMY 1/48 MIG-21MF IRAQIS AIR FORCE

SEJARAH

   MIG-21 MF pernah digunakan oleh Tentera Udara Iraq atau lebih dikenali sebagai  القوة الجوية العراقية; Al Quwwa al Jawwiya al 
Iraqiya 


Menurut beberapa catatan, pesawat ini aktif semasa perang Iran-Iraq  ( PERSIAN GULF WAR ) sekitar tahun 1980-1990. Pesawat yang berpengkalan di Tikrit Air Base ni berada di bawah unit skuadron ke -7 dan direkodkan pernah menembak jatuh beberapa pesawat F-14A Tomcat milik Iran. Malangnya, walaupun aku cuba buat kajian siapa nama juruterbang, tarikh misi, data wingman dan senario tapi maklumat tu sangat sukar diperolehi....atau lebih tepat tidak diperolehi langsung. Aku cuma dapat info setakat ni je.




Cuma yang pasti, cerita mengenai MIG-21MF Iraq ni agak famous gak. Cuma maklumat tu susah nak jumpa. 


KIT
Untuk projek kali ni aku masih gunakan lagi kit Academy buatan Korea. Murah dan tak banyak part. Kualiti agak baik. Decal pula aku guna decal dari kit Academy MIG-29A. Pada akulah, decal OOB dari Academy memang agak mengecewakan, kecuali kit baru keluaran mereka yang ada print decal dari cartograph. Cat pula aku guna Tamiya Paint. Ini pun jadi masalah kerana dalam panduan yang aku jumpa kebanyakan cat untuk plastik model adalah dari kod untuk Mr. Colour. So aku guna Tamiya XF59 Desert Yellow, Light Blue XF23, dan Dark Green XF61.



MASKING MACAM NI BAGUS UNTUK BUAT CAMO PATTERN




KERTAS TU UNTUK ELAK DARI OVERSPRAY

OK DAH SIAP PAINTING









SERIAL 681 TU AKU BUAT PAKAI MASKING TAPE, BUKAN DECAL



SELEPAS PROSES MEMASANG DECAL, STENCIL DECAL AKU TAK BELI



AKU BUAT LIGHT WEATHERING JE












OK DAH SIAP



No comments:

Post a Comment