Monday, July 20, 2015

HOBBYBOSS 1/48 F/A-18D

Salam semua, kali ni aku up gambar kit dari brand Hobbyboss F/A-18D Hornet. Nak cerita sejarah Hornet ni panjang ceritanya. Tapi bila dah siap memang gempaklah. Cun!! Terus aku rasa jatuh cinta pada Hornet family ni. Ada pelbagai versi untuk Hornet. Bermula dari A sampailah paling baru versi Super Hornet dan Growler dimana framenya diperbesarkan, begitu juga sistem avionik dan elektronik dipertingkatkan untuk mencapai status pesawat generasi 4+ dan 5.
TUDM mengoperasikan 8 buah hornet versi D seperti USMC, khusus untuk 'night attack'.
Kali ni aku buat untuk Viking Squadron. Tiada masalah untuk kit ni, cuma plastik HB ni macam lembut sangat. Tapi jika anda cuba untuk buat kit ni, hati2 dengan clear part iaitu canopy. Sebab plastiknya terlalu nipis dan rapuh. Masa nak buang garisan moulding tu, gunakan pisau dulu. Than baru boleh digosok dengan kertas pasir. Kalau dapat kertas pasir yang halus gred 2000 sangat bagus untuk finishing. Lepas tu tenyeh dengan compound. Kalau tak dapat compund, dengan ubat gigi pun bolehhhh.. Last sekali, aku gune pencuci tingkap. Oklah hasilnya.... Kit ni memang aku rekomen lah. Senang nak buat. Missile spare pun banyak sampai aku kompius nak gune missile mane. Enjoy pic!!

No comments:

Post a Comment